Resep Makan Bayi 9 Bulan



Resep Makanan Belut Untuk Balita Sehat Yang Lezat Dan Enak

Makanan bayi mengikut usia: 9-12 bulan

Pada  usia sembilan bulan, bayi anda masih belum bersedia untuk makan segala-gala yang anda boleh makan. Tetapi ini tidak bermakna dia tidak boleh turut serta di meja makan, selagi anda mengambil kira keperluannya.

Selama ini, tujuan anda adalah untuk membiasakan bayi dengan makanan pejal. Kini bayi anda boleh lebih bereksperimentasi dan dia mungkin suka hendak mencuba pelbagai rasa yang berbeza. Namun masih ada beberapa jenis makanan yang dia tidak patut ambil sebelum usia setahun:

  • Madu: ia mengandungi bakteria yang boleh merosakkan usus kecil bayi, mengakibatkan masalah yang dipanggil botulisme bayi, iaitu satu sindrom yang jarang berlaku. Madu juga merupakan sejenis gula, bermakna ia tidak elok untuk giginya yang mula hendak tumbuh.
  • Sesetengah jenis ikan: jerung, todak atau marlin mungkin mengandungi merkuri (raksa) yang boleh menjejaskan sistem saraf bayi yang sedang berkembang. Juga, jangan beri bayi anda kerang-kerangan mentah untuk mengelakkan risiko keracunan makanan.
  • Telur mentah atau kurang masak: pastikan telur dimasak sempurna sehingga bahagian putih dan kuningnya keras.
  • Makanan rendah lemak, rendah kalori dan berserat tinggi: makanan seperti ini tidak sesuai untuk bayi. Bayi memerlukan makanan yang tinggi kandungan tenaganya.
  • Kacang: jangan beri bayi makan kacang sebiji-sebiji sehinggalah umurnya lima tahun kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik.
Minimakan juga pengambilan bahan-bahan berikut:
  • Garam: jangan tambah garam dalam makanan bayi kerana buah pinggangnya tidak dapat memprosesnya. Hadkan pengambilan makanan masin yang dimakan bayi anda seperti keju dan sosej. Periksalah label pada bungkusan makanan. Bayi sepatutnya mengambil tidak lebih daripada 1g garam (0.4g sodium) sehari.
  • Gula: makanan dan minuman manis tidak baik untuk gigi bayi anda dan boleh menyebabkan dia menggemar makanan manis. Tambahkan sedikit sahaja gula dalam makanan bayi jika anda rasa perlu, contohnya untuk merebus buah-buahan masam seperti plum. Jangan beri bayi anda pudding manis, aiskrim, biskut atau gula-gula.

Walaupun begitu, masih ada banyak makanan yang boleh anda sediakan yang boleh dikongsi sekeluarga. Bacalah artikel kami tentang resipi keluarga. Dia pasti suka makan benda yang sama dengan anda. Dia juga akan bertambah mahir makan sendiri. Pada usia sembilan bulan, dia mungkin cuba untuk makan sendiri menggunakan sudu, walaupun mungkin usahanya tidak begitu berjaya. Menjelang hujung bulan ke-10, dia mungkin berjaya memasukkan sudu ke dalam mulutnya beberapa kali. Bantu dan galakkan bayi anda dengan membiarkan dia memegang sudu yang anda gunakan untuk menyuapnya. Berikan juga banyak makanan jejari supaya dia boleh makan sendiri.Sekarang ialah masa untuk mula memperkenalkan makanan kisar atau yang dipotong. Bayi anda kini makan tiga kali sehari, ditambah dengan snek sihat seperti buah, di antara waktu makan.

Tetapi susu badan atau susu formula masih lagi menjadi bahagian penting dalam dietnya. Jika bayi anda diberi susu formula, dia memerlukan di antara 500 ml dan 600 ml susu sehari.

Tetapi menjelang waktu dia menyambut hari lahirnya yang pertama, makanan bayi akan menjadi sebahagian besar daripada keperluannya. Anda mungkin dapati ketika itu bayi anda mula kurang minum susu. Lebih mudah juga baginya untuk menelan makanan kerana dia sudah tumbuh gigi.

Bayi anda masih belum mempunyai gigi geraham untuk mengunyah makanan dengan betul sehinggalah dia berusia di antara 18 hingga 24 bulan. Namun begitu, gusinya sangat berkesan dalam mengunyah makanan menjadi lembut.

Dia mungkin rasa selesa mengunyah makanan jejari yang lebih keras. Pastikan anda pilih sesuatu yang mudah larut selepas dikunyah kerana risiko tercekik.

Berhati-hatilah dengan makanan kecil dan bulat seperti buah anggur. Lebih baik jika anda tunggu lebih lama sebelum memberi makanan seperti ini kepada bayi anda. Cubalah roti bakar yang keras, potongan epal tanpa kulit dan potongan lobak merah yang dimasak sebentar.

Ketahui apa yang bayi anda boleh cuba daripada usianya 12 bulan hingga 18 bulan.

Dapatkan lebih banyak idea makanan bayi daripada ibu bapa lain! Anda boleh temui mereka hari ini dalam forum Komuniti kami.


Read in English: Baby food by age: 9 to 12 months
Malaysia Ministry of Health. Malaysian Dietary Guidelines. www.moh.gov.my [Accessed September 2016]

BDA. 2013. Weaning. British Dietetic Association. www.bda.uk.com [pdf file, accessed May 2014]

BNF. 2013a. Feeding your baby. British Nutrition Foundation. 6. www.nutrition.org.uk [Accessed May 2014]

BNF. 2013b. Feeding your baby. British Nutrition Foundation. 7. www.nutrition.org.uk [Accessed May 2014]

NHS. 2011. Introducing solid foods. NHS Choices, Start4life. www.nhs.uk [pdf file, accessed May 2014]

NHS. 2013. Foods to avoid giving your baby. NHS Choices. www.nhs.uk [Accessed May 2014]

NHS. 2014. Tips for helping a teething baby. NHS Choices. www.nhs.uk [Accessed May 2014]

Gallery Resep Makan Bayi 9 Bulan

Inilah Camilan Sehat Dan Aman Yang Bisa Jadi Makanan Bayi 9

Ini Dia Panduan Penyajian Mpasi Yang Bikin Anak Nafsu Makan

Cara Membuat Bubur Bayi 6 Bulan Yang Sehat Dan Bergizi

Dijamin Berhasil Moms Ini Dia Resep Bubur Sumsum Untuk

18 Mpasi Untuk Si Kecil Yang Sudah Berusia 6 Bulan Vitamin Asi

Resep Cara Membuat Makanan Bayi Usia 9 12 Bulan

10 Resep Menu Mpasi 9 Bulan Kaya Manfaat Popmama Com

Resep Bubur Bayi Enyaaakkkk Mpasi 9 Bulan Oleh Noviana Nophi

Mpasi Bayi Umur 9 Bulan Sayur Bayam Youtube

Mpasi 9 Bulan Bola Bola Daging Menu Lezat Mpasi

Moms Nih Daftar Ide Resep Mpasi 9 Bulan Yang Lezat Dan Sehat

Resep Mpasi Enak Menu Mpasi Mudah Dibuat Dan Bergizi

6 Resep Mpasi 9 Bulan Sederhana Dan Mudah Dibuat

Mpasi 10 Bulan Makaroni Daging Saus Keju

Rekomendasi Resep Mpasi Sayur Untuk Bayi Usia 6 9 Bulan

Kreasi Menu Mpasi 9 Bulan Andalan Saat Anak Susah Makan

Cara Membuat Bubur Bayi 6 Bulan Yang Sehat Dan Bergizi

Resep Mpasi Enak Menu Mpasi Mudah Dibuat Dan Bergizi

Resep Mpasi 9 Bulan Bubur Capcay Ayam Telur Puyuh Oleh

Makanan Pendamping Asi Mpasi Who Unicef Dunia Sehat


Belum ada Komentar untuk "Resep Makan Bayi 9 Bulan"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel