Resep Pulut Kuning



Resipi Pulut Kuning Rendang Daging Paling Sedap Untuk

Resepi Sedapzaini: Pulut Kuning Noxxa Special

Pada entri kali ini saya nak kongsikan resepi masak pulut kuning guna periuk noxxa. Sangat mudah dan cepat...boleh dimakan segera kalau tiba2 teringat nak makan...semudah abc, capai pulut, capai noxxa...dan masak dengan penuh kasih sayang. Cara masak pulut kuning guna noxxa ni banyak versinya. Anda boleh ikut mana-mana yang rasa selesa dna mudah. Dalam google banyak cara masak dikongsikan. Namun, secara terus terang pulut yang dimasak secara tradisi dan manual di kampung lagi sedap rasanya..itu pandangan saya. Mungkin sebab saya datang dari kampung yang memang budaya membuat pulut kuning ni adalah budaya rutin kampung saya...pulut kuning unk kenduri kesyukuran, kenduri kahwin, pulut semangat dan sebagainya lagi. Saya memang selalu melihat bagaimana orang2 tua di kampung memasak beramai2 dan bergotong royong dalan membuat kenduri kendara atau di Kelantan dipanggil 'bekwoh'. Dulu2 masa zaman remaja di kampung, sy memang turut bersama...kepakaran saya buat 'sambal lada' atau di KL ni dipanggil sambal belacan, dimakan bersama gulai ikan, kari ayam/daging dan sebagainya ikut kesukaan.. Okey semua balik kepada cerita pulut kuning noxxa special kita ni..meh kita tengok bahan2 nya ya. Bahan2: 1. Satu pek pulut 1 Kg..pulut saya guna pulut yang dibeli dari Kelate. Sentiasa ada stok di rumah. Ada juga orang panggil pulut madu, pulut dari siam sebenarnya..belah utara pun ada...pulut sini tak berapa 'kaw' rasa pulutnya sbb dah bercampur beras rasanya...tak berapa 'berpulut' sangat maksud saya. 2. Santan pekat satu cawan. 3. Garam satu sudu besar terus campur dgn santan. Satu sudu tu jangan penuh sangat ya..karang masin pulak pulut tu...hihi. garam ni untuk beri pulut tu rasa lemak2 cket, bukan untuk beri dia masin...hehehe. 3. Gula dua sudu penuh. Tiga sudu pun boleh. Kalau nak makan dengan rendang, dua sudupun memadai. 4. Sehelai daun pandan diikat simpul. 5. Kunyit hidup atau kunyit basah satu inci ditumbuk hancur, ditapis dan diambil airnya. 6. Asam keping dua keping untuk rendam bersama pulut untuk kilatkan pulut nanti. Cara-cara: 1. Basuh bersih dan toskan pulut. Saya amalkan berselawat sambil mencuci atau membasuh apa sahaja semasa memasak (masa-masa lain berselawat juga..hihi). InshaAllah apa yang kita masak bersih... 2. Rendam pulut untuk 10 minit atau kurang. Tak mahu rendam pun boleh sebenarnya bila guna noxxa. Jangan rendam lama macam kita nak masak manual tu yer..nanti lembik pulut tu. Masukkan kunyit hidup dalam rendaman ni, kunyit dalam seinci, tumbuk hancur dan tapis masuk dalam air rendaman. kalau malas guna serbuk kunyit saja dalam setengah sudu kecil. jangan banyak sebab serbuk kunyit ni tak berapa sedap sikit untuk masuk dalam pulut. Lepas tu jangan lupa masukkan juga pewarna kuning telur yang dalam botol macam botol essence vanila tu...juga dua keping asam keping. Rendaman ni bagi tujuan nak serapkan warna kuning pada pulut tu..Tapi kalau guna manual, pulut ni wajib rendam atleast 3 hingga 5 jam..untuk lembutkan pulut dan cepat masak bila dikukus nanti. 3. Kemudian masuk pulut dalam inner noxxa. Air rendaman buang yer, jangan dimasuk sekali pulak...masuk air lain lebih kurang separas dengan pulut. Jangan masuk lebih sebab nanti kita nak masuk santan lagi satu cawan selepas pulut tu masak. Dan masukkan daun pandan yang disimpul tadi. 4. Tekan HP 5 minit. Jangan lupa, tombol penujuk di tutup periuk tu mesti menghala ke fungsi pressure ya. Bila bunyi bit bit bit...pusing tombol  tu ke penunjuk Steam untuk buangkan tekanan yang terperangkap dalam periuk. kemudian buka tutup periuk. Selagi angin tekanan tidak dikeluarkan habis, tutup memang tidak boleh dibuka. Jadi jangan panik pulak ya. 5. Buka tutup dan masukkan santan ke dalam periuk...'arungkan' pulut tu dengan santan dan taburkan gula dalamnya. 'Arung' ni bahasa ore Kelate, maksudnya kacau. Kacau dalam 5 minit bagi tujuan nak sebatikan santan dan gula tadi, dan yang penting tujuan 'arung' ni adalah untuk lembutkan dan gebukan pulut tu. Kalau guna cara manual, proses 'mengarung' ni ambil masa dalam 10 ke 15 minit. 6. Kemudian tutup periuk, steam kan selama 3 minit. Jangan lupa bila pilih untuk fungsi steam, tombol penunjuk dihalakan ke steam ya. Lepas tu terus boleh dikeluarkan daripada periuk. Jangan tunggu lama sebab pulut ni nanti akan berkerak di dalam noxxa. Tapi kerak tu sedap, saya suka bila dimakan panas-panas, dia garing campur lembut...memang sedap..hehehe. Taraaaa...sudah siap dan bolah dihidangkan sama ada dimakan begitu sahaja, dimakan dengan rendang, sambal kelapa, serunding dan sebagainya. Kalau di Kelantan, pulut kuning ni dihias dengan telur. Telur ni dibut telur dadar nipis, guna pewarna hijau, atau merah atau apa2 warna. Telur dadar ni kemudiannya digulung dan dipotong nipis-nipis halus halus dan ditaburkan atas pulut ni. Saya ni malas cket, jadi potong agak kasar..seperti dalam gambar ni. saya buat satu warna sahaja, sebab malas...hehe
Pulut ni memang sedap dimakan..saya memang penggemar pulut. Cumanya, bila dah meningkat usia ni, pulut ni bisa cket dengan saya, kalau makan mesti bisa-bisa sakit badan...makan ubat la jawapannya lepas tu......hehehe Buat semua, selamat mencuba. Boleh dinikmati bersama keluarga, jiran2 dan sahabat handai. Salam Aidiladha

RZH

Sambal kelapa ni memang terkenal di Kelantan. Zaman saya kanak-kanak dulu, sambal kelapa ni memang pelengkapnya dengan nasi himpit. Arwah nenek saya dulu memang berniaga di kantin sekolah. Jadi salah satu menu rutin dan tetap adalah nasi himpit dengan kuah kacang dan dilengkapkan dengan sambal kelapa ni. Kebanyakan orang tua dulu-dulu memilih untuk makan nasi himpit dengan sambal kelapa ni sahaja tanpa kuah kacang. Mereka selalunya minta supaya kuah tidak dicampurkan sekali dengan sambal tu. Ada juga yang suka kuahnya dicampur sekali dengan sambal tu, macam gambar di bawah.

Tapi dunia sekarang ni, menu-menu sebegini perlahan-lahan sudah semakan 'pupus', kecuali di kawasan yang betul-betul di kampung-kampung di Kelantan yang masih ada lagi yang membuatnya. Kalau di kampung saya sudah jarang sekali peniaga membuatnya untuk dimakan bersama nasi himpit kuah kacang. Mungkin kerana penyediaannya yang agak rumit sedikit menjadikan lama-kelamaan orang muda-muda zaman sekarang lebih mem…

Hokey...jom kita share resepi masak ubi kayu sira. Ubi kayu ni masak apa sajapun mmg sedap. Rasa saya semua orang mesti makan ubi kayu, cuma mungkin memilih cara masakannya. Pelbagai jenis cara masak dapat dibuat dgn ubi kayu ni. Antaranya adalah masak pengat atau bubur, goreng ubi kayu, buat pelbagai kuih dari ubi kayu, poli contohnya...poli ni terkenal di Kelantan...hehe..dan masak sira yang resepinya saya nak share kat entri kali ini. Sebelum tu, meh kita mengenal dulu serba sedikit ttg ubi kayu ni. Atleast kita tahu latar belakang cket atas apa yg kita suka mkn...kannnn... Ubi kayu ni atau nama saintifiknya, atau nama botani nya adalah Manihot Esculenta Crantz...aduhai panjang ehhh namanya...atau dlm Bahasa Inggeris dipanggil Cassava atau tapioca..

Ubi kayu ni terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya boleh dijadikan sayuran...masak lemak, celur cicah budu..mmg sedap. Berkaitan dgn sumber karbohidrat yang tinggi...sbb tu kalau zaman orang2 nenek moyang kita yang tingg…

Gallery Resep Pulut Kuning

Pulut Kuning Inti Kelapa Budaya Indonesia

Resep Pulut Kuning Inti Kelapa Oleh Al Arafah Cookpad

Resep Ketan Pulut Kuning By Lely Oleh Lely Natalia Cookpad

Teratak Mutiara Kasih Resepi Pulut Kuning

Wanita Ini Kongsi Cara Sebenar Buat Pulut Kuning Agar Cantik

Pulut Kuning Jamu Selera Mstar

Pulut Kuning Cara Buat Pulut Kuning Resepi Pulut Kuning Mesti Cuba

Ni Rupanya Cara Orang Utara Buat Pulut Kunyit Patutlah

Tak Perlu Kukus Dua Kali Cara Lengkap Buat Pulut Kuning

Resepi Pulut Kuning Kongsi Resepi

Resepi Pulut Kuning

Pulut Kuning Lembut Lemak Dan Cantik Berkilat Azie Kitchen

Resipi Pulut Kuning Sejahtera Malaysia Chefzam Oleh Kak Wan

Cik Wan Kitchen Pulut Kuning Mudah

Medan Ethnic Recipes Food Snacks

Resepi Pulut Kuning Women Online Magazine

Resep Pulut Kuning Unti Kelapa Untuk Khatam Qur An Oleh

Pulut Kuning Mudah Sahaja Nak Buatnya Qasey Honey

Rahsia Suri Keluarga Kerjaya Resepi Pulut Kuning Paling

Resipi Pulut Kuning Rendang Ayam Oleh Nor Al Fatihah Cookpad

Lebih 6 Ribu Perkongsian Wanita Ini Dedah Resepi Masak

Resepi Pulut Kuning Dan Rendang Daging Sedap Mengancam

Mamajue Story

Resepi Pulut Kuning Rendang Ayam Kongsi Resepi

Cik Kiah Kicen Pulut Kuning Versi Noxxa Edited By Cik

Resepi Sedapzaini Pulut Kuning Noxxa Special


Belum ada Komentar untuk "Resep Pulut Kuning"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel