Resep Bubur Nasi
Inilah Resep Bubur Ayam Mang Oyo Yang Legendaris Tribun Jabar
Cara Masak Bubur Nasi Dalam 15 Minit Tanpa ‘Pressure Cooker’
Hari ni saya nak kongsikan cara masak bubur nasi dalam masa 15 minit. Tips ini sangat membantu bagi ibu-ibu yang kesibukan untuk pergi kerja tapi perlu menyediakan bubur nasi untuk sarapan pagi atau makanan bayi mereka. Tahu-tahu sajalah, kalau nak masak bubur nasi ini ambil masa juga untuk nasinya menjadi lembut dan sebati. Kalau lupa nak buat awal-awal, silap-silap anak dah menangis kelaparan. Seperkara lagi, bukan semua orang ada ‘pressure cooker’ di rumah untuk memasak bubur nasi dengan cepat. Kalau ada pun, macam tak berbaloi pula nak keluarkan periuk dan mencucinya nanti sebab kadangkala kita cuma masak dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, diharapkan dengan adanya tips mudah ini dapatlah membantu ibu-ibu menyediakan makanan sihat untuk bayi mereka dan sarapan ringkas untuk keluarga. Foto Kredit: dvconline.net Ini cara masak bubur nasi paling cepat, pantas, dan mudah. Gerenti lembut dan tak perlu tunggu lama! Mula-mula, cuci beras hingga bersih. Saya tak letak sebarang sukatan. Terpulang nak buat banyak mana pun kerana caranya sama sahaja. Pindahkan beras yang telah dibasuh ke dalam bekas bertutup (tupperware). Isikan air sehingga tenggelam semua beras dalam bekas tersebut. Kalau nak masak ‘portion’ kecil saja untuk bayi, eloklah masukkan ke dalam bekas-bekas kecil. Jadi, senang bila nak gunakan nanti. Cuma perlu ambil satu demi satu. Pastikan beras terendam dalam air sepenuhnya. Foto Kredit: maangchi.com Tutup bekas dan simpan di dalam freezer hingga beku. Oleh kerana proses ini ambil masa sedikit, jadi bolehlah sediakan pada sebelah malam atau hujung minggu. Keluarkan beras yang telah beku dan masuķkan ke dalam periuk. Oh ya, tak perlu ‘defrost’ tau. Cuma perlu tambahkan air secukupnya dan pasang api kuat. Rebus beras hingga kembang selama 15 minit. Sesekali kacau supaya tidak berkerak. Sambil menunggu beras masak, bolehlah tambahkan bahan-bahan segar ke untuk memberi perasa dalam bubur nasi tersebut. Contohnya bawang putih, halia, sayuran, ikan bilis, isi ayam, daging, sedikit garam, atau apa-apa saja mengikut cita rasa. Ada yang lebih suka bubur nasi kosong saja, kemudian ditambahkan sup dan bahan-bahan lain seperti kacang, ikan bilis, atau ayam yang telahpun dimasak berasingan. Jadi, tak kisahlah mana satu yang anda selesa. Tapi, kalau bubur bayi seeloknya tak perlulah nak bubuh garam atau stok ayam yang mengandungi MSG. Barulah sihat. Inilah hasilnya. Saya mula merebus pada jam 5.37 am dan nasi kembang sepenuhnya pada jam 5.52 am. Cepat, bukan? Memang berbaloi-baloi cara masak bubur nasi dengan tips ini. Jimat masa, jimat gas. Hanya 15 minit sahaja diperlukan untuk menukar beras menjadi bubur. Senang cerita, tak perlu lagi menunggu sejam dua untuk beras kembang. Selamat mencuba! *Perkongsian asal oleh Puan Zulfa melalui blognya: Zulfaza Loves Cooking1. Cuci Beras
2. Masukkan Dalam Bekas
3. Bekukan Dalam ‘Freezer’
4. Rebuskan
5. Tambah Bahan & Perasa
5. Siap!
Jimat masa dan memudahkan
Gallery Resep Bubur Nasi
Resep Bubur Ayam For Android Apk Download
15 Resep Bubur Ayam Spesial Di Indonesia Dijamin Bikin
Resep Cara Membuat Bubur Nasi Putih Polos Happy Resep
4 Cara Membuat Bubur Gurih Dari Bubur Ayam Sampai Bubur
Resep Bubur Nasi Gula Merah Youtube
Rekomendasi Resep Bubur Ayam Kampung Dan Bakwan Jagung Untuk
15 Resep Bubur Ayam Spesial Di Indonesia Dijamin Bikin
Resep Bubur Nasi Susu Oleh Dian Purnamawati Bunda
5 Resep Wajib Coba Minggu Ini Aneka Bubur Gurih Bubur
Gam Bar Resep Bubur Nasi Putih Polos Untuk Orang Sakit
10 Cara Membuat Bubur Nikmat Gurih Dan Mudah
Resepi Bubur Ayam Ala Mcd Paling Simple Guna Nasi Lebih Je
Bubur Nasi Ikan Sayuran Carimakananbayi Com
Bubur Nasi Khao Tom Ransel Kecil
31 Resep Sederhana Untuk Bubur Nasi Craftlog Indonesia
Bubur Nasi Terasa Kental Tidak Berair Dengan 4 Tips Ini
4 Resep Bubur Ayam Yang Sehat Enak
Aneka Resep Bubur Dan Nasi For Android Apk Download
Belum ada Komentar untuk "Resep Bubur Nasi"
Posting Komentar