Resep Memasak Ikan Patin



Cara Membuat Resep Masak Ikan Patin Bumbu Kecap

23 RESEPI IKAN PATIN

23 RESEPI IKAN PATIN

SUMBER : UNCLE GOOGLE

1. Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

(a) 4 ketul ikan patin. (b) Bahan kisar - 3 ulas bawang merah, 15 biji cili api (ikut suka), tempoyak 3 sudu dan air setangah cawan. (c) serai 2 batang dititik (d) gula (bergantung pada rasa tempoyak. Jika terlalu letak la gula). (e) Garam secukup rasa (f)

Cara-cara

1. Ikan patin di gaulkan dengan garam dan kunyit. 2. Masukkan kedalam periuk ikan patin dan bahan (b) dan (c). Gaul sehingga sebati. Perap dalam 5 minit.(Belum diletak diatas dapur gas). 3. Letak periuk atas api (api kecil) sehingga ikan patin separuh masak. 4. Masukkan air 2 cawan dan besarkan api. Tunggu hingga mendidih. 5. Masukkan garam, kunyit dan gula (jika perlu). 6. Sedia untuk dihidang.

2.SINGGANG PEDAS IKAN PATIN

Bahan-bahan ( 6 orang )

1 ekor ikan patin yang sederhana 7 ulas bawang putih 1/2 inci kunyit hidup 5 sudu besar cili giling 3 biji cili api 3 batang serai 4 keping asam gelugur (blh ditambah atau dikurangkan mengikut selera) 2 biji tomato 1 inci lengkuas air 8 gelas (mengikut saiz ikan )

Cara-cara

Bersihkan ikan patin dan dibasuh dengan sedikit tepung gandum. Tumbuk kunyit hidup dan cili api. Potong lengkuas nipis-nipis, bawang putih dimayang halus, serai diketuk, tomato dipotong empat, Panaskan air- masukkan kunyit + cili api+cili giling+asam gelugur +bawang putih + garam- biarkan mengelagak dan sebati rempah ratus. Masukkan daun kesum+serai + ikan- biarkan ikan masak tetapi usah terlalu lama sangat Masukkan tomato- biarkan seketika Rasa garam sekali lagi.... Kemudian....." Abang, makanan dah siap jom makan...)"

3. RESEPI ASAM PEDAS IKAN PATIN.

Bahan-bahan

1 ekor ikan patin yang telah dipotong dan bersihkan dengan asam keping

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 cm kunyit hidup

1 cm halia

1 btg serai dititik

Daun kesum

1 bunga kantan dibelah dua

1/2 mangkuk kecil air asam jawa

15 tangkai cili kering dikisar

Air secukupnya

garam dan gula secukup rasa

minyak masak

sedikit belacan (ikut suka)

Boleh tambah sayuran seperti bendi dan terung panjang

Cara-cara

Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan halia.

Tumis bawang, serai dan cili kering yang telah dikiasr tadi hingga naik bau.

Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.

Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air,boleh juga tambah sayuran seperti terung panjang dan bendi,biar mendidih.

Masukkan ikan, garam, gula dan belacan jika suka,biar sehingga ikan masak, siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba!

4.Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh

Bahan :

5 biji cili padi - nak pedas letak lebih

1 inci kunyit hidup

3 sudu besar tempoyak

1 bunga kantan - belah 4

Sedikit daun kesum

1 asam keping

Garam

Cara :

Tumbuk cili padi dan kunyit. 

Masukkan air secukupnya, tempoyak dan masak bersama bahan tumbuk.  Masukkan juga bunga kantan.

Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan. Jangan lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.

Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.

5. Sambal Patin Goreng

Bahan :

ikan patin - dipotong2

cili kisar - ikut kepedasan

3 ulas bawang putih - dikisar

1/2 labu bawang besar - dihiris

1/2 labu bawang besar - dikisar

sedikit ikan bilis - dikisar

1 keping asam keping

gula dan garam secukup rasa

sedikit kiub ikan bilis

minyak untuk menumis

Cara memasak :

Patin dipotong, dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 10 minit dan cuci kembali dan toskan.

Lumurkan patin dengan sedikit garam dam kunyit dan tabur sedikit tepung, sebatikan dan goreng garing, angkat dan toskan, ketepikan.

Tumis bawang yang dihiris2 hingga wangi kemudian masukkan bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.

Masukan garam, gula, asam keping dan kiub ikan bilis, kacau sebati.

Masak hingga sambal kering, garing dan pecah minyak dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau supaya sambal tak hangus.

Bila sambal dah kering garing dan pecah minyak, masukkan patin yang telah digoreng tadi, sebatikan , tutup api dan boleh dihidangkan.

6. Asam Pedas Patin Goreng.

Bahan :

1 ekor ikan patin

bendi dikerat hujungnya sedikit jerk

air asam jawa ikut masam

Garam dan sedikit gula

1/2 kiub ikan bilis

cili kisar ikut pedas

3 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum

sedikit daun kesom

1 batang serai - dititik

6 biji bawang merah - dikisar halus

1 ulas bawang putih - dikisar halus

1/4 inci kunyit hidup -dikisar halus

sedikit ikan bilis - dikisar halus

1/4 inci belacan - dikisar halus

Cara Memasak :

Patin dipotong, dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 10 minit dan cuci kembali dan toskan.

Lumurkan patin dengan sedikit garam dam kunyit dan tabur sedikit tepung, sebatikan dan goreng garing, angkat dan toskan, ketepikan.

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan serai yang dititik hingga wangi, masuk cili kisar dan tumis hingga pecah minyak dengan api kecil yerk. Tuang air, kacau dan biar mendidih.

Masukkan tomato, tuang jus asam jawa dan masukkan bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih perlahan. Perasa dengan garam secukupnya dan sedikit gula serta kiub ikan bilis secukup rasa. Biarkan seketika dan masukkan patin yang telah digoreng tadi dan bendi, Kacau perlahan2 yerk supaya patin tak hancur dan biarkan mendidih dan bendi dah 1/2 masak, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih.

7. MASAK LEMAK CILI API.

Bahan-bahan ( 1 family )

5 potong ikan patin

segenggam cili api

1 biji kelapa -diparut & diperah santannya

2 inci kunyit hidup

1 batang serai - dititik

1 keping asam gelugor

garam

Cara-cara

bersihkan ikan patin dan rendam dengan air asam jawa untuk buang hanyir lebih kurang 15 minit.

tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.

masukkan pes cili yang ditumbuk tadi dan serai beserta santan ke dalam periuk.

masak atas api sederhana sampai menggelegak. kacau selalu untuk elak santan pecah.

Bersihkan ikan yg direndam dengan air asam jawa sekali lagi dengan air bersih dan masukkan dalam periuk. Tambah sedikit air jika perlu.

kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ikan hingga ikan masak utk elak santan pecah. jangan kacau kuah kerana isi ikan patin lembut n mudah tercerai.

Sementara itu boleh masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam.Sedia dihidang.

8. Ikan Patin Goreng Berempah.

Bahan-bahan:

1 ekor ikan patin - bersihkan, belah 2 dan potong ikut citarasa

1 sudu teh pati asam jawa

1 sudu teh serbuk kunyit

garam & perasa pilihan

minyak

Bahan kisar untuk memerap:

2 biji cili merah

5 batang serai

3cm halia

3 biji bawang putih

1 labu bawang besar

1 sudu teh lada hitam

1 sudu bteh ketumbar

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh jintan putih

Cara:

1. Perap ikan patin bersama bahan pemerap, pati asam jawa, garam dan kunyit selama 15 minit.

2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

3. Angkat dan toskan minyaknya.

4. Sedia untuk dihidangkan.

9. Ikan Patin Masak Kukus.

Bahan-Bahan:

1.Ikan Patin.Paling sedap kalau ikan patin yg segar di beli di tepi sungai Pahang.Ikan ini gaulkan sedikit dengan garam .

2.Hiris Halia, Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili Api.Banyak mana?Bergantung pada anda ye.kalau suka halia lebihkan aje.

3. Bawang Merah yang di hiris tadi hendaklah di goreng.Maksudnya kita buat bawang gorengla.Pastikan tidak hangit sbb jika hangit ia akan hilangkan rasa manis ikan tu nanti.Jadi kena goreng api perlahan .Setelah masak bawang tadi terus masukkan ke atas ikan tadi.

4.Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan lain di atas ikan patin.Perahkan sedikit asam limau.Tapi kat sini asam jawa yg di bubuh sbb xde asam limau.(boleh juga sebagai peganti tetapi jangan banyak).Masukkan sedikit kicap masin.(kalau tidak mahu masukkan pun tidak apa tp pastikan garam yang diperap dengan ikan cukupla)-))

5.Itu sahaja dan letakkan di dalam kukus selama kira-kira 30 minit.

10.Ikan Patin Masak Asam

bahan2nya:

seekor ikan patin - dipotong2.

6 biji bawang merah - dikisar

3 biji bawang putih - dikisar

2 inci halia - dikisar

2 batang serai - dikisar

3 biji buah keras - dikisar

15 tangkai cili kering - dikisar

2 inci kunyit hidup - dikisar

2 helai daun kunyit - dihiris rampai

2 kuntum bunga kantan - dihiris nipis

2 keping asam gelugur

1 sudu makan air gula melaka (rebus siap2 nk guna dh senang..;))

garam secukup rasa.

cara2nya:

- bersihkan ikan.

- masukkan ke dalam kuali bahan2 kisar,renihkan sekejap,kacau2kan..

- masukkan daun kunyit,bunga kantan,asam gelugur,air gula melaka,garam dan juga ikan.

- masak dgn api yg sederhana perlahan sehingga kuahnya agak kering.

- kemudian bolehlah di dihidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk yg lain.

11.Ikan Patin Goreng Berlada.

Bahan - bahan :

1 ekor ikan patin ( potong 5 ) , digoreng bersama garam dan kunyit. ( ketepikan )

2 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

3 tangkai lada hijau*

1tangkai lada merah*

15 biji cili padi*

1 biji tomato ( belah 4 )

1 biji bawang besar ( belah 4 )

1/2 cawan air asam jawa

garam dan gula secukup rasa

sedikit minyak untuk menumis

p/s : bahan yang bertanda  * di blend hancur.

Cara - cara :

1. panaskan minyak,tumis bahan yang diblend hingga pecah minyak.

2. masukkan air asam jawa, bila dah mendidih masukkan bawang besar dan tomato.garam dan gula.

3. masak sehingga sebati semua rasa...tuangkan atas ikan patin goreng tadi.

12. Ikan Patin Goreng Bawang Putih

Bahan dan cara membuatnya:

Satu labu bawang putih ditumbuk bersama sedikit garam sehingga lumat. Lumurkan pada ikan dengan sedikit kunyit. Kemudian, goreng. Bila warna bawang sudah keperangan seperti di dalam gambar, cepat2 angkat bawang dahulu. Kemudian, teruskan menggoreng ikan seperti biasa sehingga ikan masak.

13. Ikan Patin Asam Tempoyak

Bahan-bahan:

Seekor ikan patin (sederhana besar, dibersihkan dan dipotong)

10 biji cili padi

5 ulas bawang merah

5 sudu besar tempoyak

3 keping asam keping

sekuntum bunga kantan

2 ikan daun kesum

Air secukupnya sebagai kuah

Cara membuatnya:

- Bawang merah dan cili padi dirumbuk hingga lumat

- Masukkan air dalam periuk, dan rebuskan hasil tumbuk tadi sehingga naik bau.

- Masukkan tempoyak, bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Biarkan ia mendidih

- Masukkan ikan, dan biarkan ia mendidih lagi.

- Perasakan dengan garam dan gula.

14. IKAN PATIN MASAK ASAM PEDAS MELAKA.

BAHAN BAHANNYA

Seekor ikan patin

10 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

2 cm halia

1 sudu besar belacan

5 sudu makan cili kering kisar

1 sudu besar kerisik

Sedikit kunyit hidup

1 mangkuk air asam jawa

Sedikit halba (5 biji je dah cukup)

Garam secukupnya

Sedikit daun keson

1 bunga kantan dibelah 4

Kacang bendi secukupnya

CARA MEMBUATNYA

Mula2 kisarkan bersama2 bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan belacan sehingga lumat semuanya

Panaskan minyak dan tumiskan halba sehingga wangi baunya

Masukkan bawang2 kisar tadi diikuti cili kering kisar dan kacau2kan selalu

Bila dah agak garing cilinya tu masukkan kerisik dan masak atas api perlahan je

Masukkan daun kesom dan bunga kantan dan kacau2kan lagi

Tunggu sebentar baru masukkan air asam jawa dan tambahkan air masak secukupnya ikut kesesuaian, jangan terlalu cair kuahnya nanti tak sedap rasanya

Bila air tu dah mendidih masukkan ikan patin dan garam secukup rasa

Masukkan juga kacang bendi pula dan tunggu hingga ikan betul2 masak, baru ditutup apinya dan sedia untuk dimakan.

15. IKAN PATIN GARING TOMATO.

BAHAN BAHAN

1 ekor ikan patin (dipotong ke beberapa bahagian)

3 biji buah tomato (dibelah 4 setiap satunya)

2 biji cili merah dipotong memanjang

1 labu bawang besar dihiris nipis

3 ulas bawang putih dihiris nipis

1 inci halia dihiris halus

1 sudu besar cili kering kisar

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos ikan

1 sudu teh gula

Sedikit garam & serbuk kunyit (utk lumur pd ikan)

CARA MEMBUATNYA

Goreng ikan seperti biasa sehingga betul2 garing. Angkat & ketepikan dahulu

Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bahan2 yg dihiris seperti bawang besar, bawang putih & halia sehingga agak layu

Masukkan cili kering kisar dan kacau2kan diikuti dengan sos cili, sos tiram & sos ikan, kacau biar sebati

Tambahkan sedikit gula dan masukkan buah tomato & cili merah, masak sehingga tomato agak hancur

Terakhir masukkan ikan patin goreng dan gaulkan biar betul2 sebati dengan sos nya sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

16. IKAN PATIN SOS LADA HITAM.

~bahan-bahan~

1 ekor ikan patin

5 sudu jus limau nipis

~~bahan-bahan kisar~~

4 tangkai cili kering

5 ulas bwg merah

3 ulas bwg putih

i inci halia

~bahan-bahan lain~

1 sudu mkn kicap masin

1 sudu mkn kicap manis

4 sudu mkn sos lada hitam

1 sudu kecil lada hitam- ditumbuk kasar

garam

gula

air

~~cara-cara~~

perap ikan dgn jus limau nipis selama 20 minit...

bersihkan ikan dan goreng ikan hingga kuning keemasan...

panaskan minyak, masukkn bahan2 kisar..msk hingga garing or pecah minyak..

masukkn sos lada hitam, lada hitam yg ditumbuk kasar, kicap masin, kicap manis, garam dan gula secukup rasa..

masukkan sedikit air dan biarkn didih seketika...

setelah pekat..angkat dan tuangkan sos lada hitam ke atas ikan..sedia untuk dihidangkan.....

17. IKAN PATIN  STIM.

~~bahan-bahan~~

1 ekor ikan Patin

1 biji bwg holand - dihiris

3 biji bwg putih- dihiris

2.5cm halia- dihiris

2 sudu mkn kicap cair

2 sudu mkn sos ikan

2 sudu mkn sos tiram

1 sudu mkn minyak bijan

cili padi @ cili merah- dihiris

1 biji tomato - dihiris

sedikit serbuk lada hitam

daun bwg

garam

sedikit air

* jika suka boleh juga tambahkn sedikit perahan air limau nipis

~~cara-cara~~

satukan ikan patin , bwg besar , bwg putih dan halia didlm periuk kukus

kemudian masukkan kicap cair, sos ikan, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam, cili padi @ cili merah, sedikit garam dan sedikit air

kukus selama 20 minit atau sehingga ikan msk

setelah ikan masak...angkat dan taburkan daun bwg dan tomato

sedia utk dihidangkan.....

18. Patin Bakar

Bahan-bahan:

1 ekor ikan patin

2 ulas bawang putih

10 ulas bawang kecil

3 tangkai cili merah

10 tangkai cili padi

3 batang serai

30 gm udang kering

4 cm kunyit hidup

3 helai daun kunyit

Daun pisang atau foil aluminium

Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan ikan.

2. Kisar semua bahan dan lumurkan ke keseluruhan ikan patin.

3. Balut ikan dengan daun kunyit, diikuti daun pisang atau foil. Ikat kemas.

4. Bakar di atas api yang sederhana.

5. Setelah masak, angkat untuk dihidangkan.

19.Ikan Patin Sos Plum.

Bahan-bahan:

1 ekor ikan Patin - sederhana besar

1 keping nenas - dadu

1 labu bawang besar - hiris

3 ulas bawang putih - cincang

Sedikit hirisan halia

Tepung beras secukupnya

1 biji putih telur

Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Perap:

1 sudu kecil serbuk lada sulah

Garam secukup rasa

Bahan Perasa:

2 sudu besar sos plum

2 sudu besar sos tomato

1 gelas air

1 sudu besar sos cili

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan ikan dan keluarkan tulang besarnya. Kelar isi ikan dan perap dengan bahan-bahan perap 15 minit.

2. Celupkan isi ikan ke dalam putih telur, golek dalam tepung beras dan goreng hingga kuning. Ketepikan.

3. Pijarkan dua sudu besar minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga kuning. Campurkan bahan perasa dan kacau hingga mendidih, tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng ikan.

20.KARI IKAN PATIN.

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

2 keping ikan patin

1 cawan santan pekat

1 kiub rempah kari ikan

1/4 cawan air asam jawa pekat

kunyit

bahan kisar:

2 ulas bawang putih

1/2 labu bawang besar

4 biji cili kering

garam

Cara-cara

Masukkan ikan bersama rempah kari, air asam jawa dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan.

Apabila air hampir kering, masukkan santan dan perasakan dengan garam. Besarkan api dan masak hingga mendidih.

Sedia untuk dihidangkan..sesuai dimakan dengan lauk sampingan seperti telur masin dan juga acar mentah.

21.SAMBAL PATIN GORENG.

Bahan:

2 ekor ikan patin.. potong kecil.. goreng garing

5 ulas bawamg merah*

3 ulas bawang putih*

1 biji tomato*

segenggam cili api merah*

sedikit belacan*

air asam jawa

garam & aji

2 helai daun limau purut dihiris halus..

Cara:

Tumbuk semua bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..

masukkan air asam jawa.. garam dan aji secukup rasa..

masukkan pula daun limau purut.. tutup api..

masukkan ikan.. gaul rata dengan sambal..

sedia untuk dihidang..

22. Resepi Ikan  Patin Tiga Rasa .

Bahan-bahan:

1 ekor ikan  Patin.

3 ulas bawang merah }

4 ulas bawang putih } dikisar

40 gm cili kering }

1 batang serai – diketuk

10 biji cili padi – diketuk

2 sm halia – dihiris halus

3 helai daun limau purut

3 sudu sos cili

3 sudu sos tiram

2 sudu air limau nipis

1 cawan tepung jagung

Garam dan gula

Minyak

Cara-cara membuat :

Lumur ikan dengan tepung jagung. Kemudian goreng ikan tersebut hingga garing. Angkat dan hidangkannya di atas pinggan.

Cara-cara membuat sos:

Tumis bahan yang dikisar bersama serai dan halia hingga naik baunya. Kemudian masukkan daun limau, cili padi, sos cili, sos tiram dan air limau. Campurkan sedikit air ke dalam bahan tersebut. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian tunggu hingga ia mendidih. Akhir sekali curahkan sos yang sudah masak ke atas ikan yang telah siap dihidangkan tadi.

23. IKAN PATIN ALA THAI

Bahan-bahan :

Ikan patin - bersihkan

Bahan kisar :

Serai

Halia

Lengkuas

Kunyit hidup

Bawang merah

Daun limau purut - potong halus

Santan pekat - saya gantikan dengan susu cair

Garam

Air

Buat begini :

Tumis semua bahan kisar hingga naik bau

Masukkan sedikit air dan ikan. Biar ikan masak sedikit TAPI jangan di alih-alih selalu ikan ni sebab ikan patin cepat hancur isinya

Masukkan susu cair, garam dan daun limau

Biar hingga kuah masak dan pekat sedikit.

SELAMAT MENCUBA……………

“Suami-isteri perlu saling masak-memasak.Jika hari Isnin isteri memasak,esoknya pula suami memasak atau pun suami-isteri bantu-membantu di dapur .Ia akan mengeratkan  hubungan dan kasih sayang”

Gallery Resep Memasak Ikan Patin

Resep Pindang Patin Praktis Sederhana Bahan Bahan Cara

Resep Memasak Ikan Patin Bumbu Kuning Simpel Dan Praktis

Cara Membuat Pindang Patin Pegagan Palembang Resep Masakan

Cara Dan Resep Membuat Ikan Patin Bakar Rasa Pedas Bumbu

Tips Memasak Ikan Agar Tidak Amis Dan Resep Masak Ikan Tanpa

Resep Gulai Ikan Patin Kuah Bumbu Kuning Yang Enak

How To Cook Pineapple Spicy Catfish Cara Memasak Pindang

Aneka Resep Masak Ikan Patin Resep Kuliner Cookpad Indonesia

Nyumm Lezatnya Pindang Ikan Patin Palembang Ini Resepnya

Kumpulan Aneka Resep Ikan Patin Terlengkap Dan Mudah Dibuat

Resep Masakan Ikan Patin Bakar Bambu Nikmat Sekali

Santap Siang Ikan Patin Rica Rica Kumparan Com

Cara Memasak Ikan Patin Bumbu Kuning Yang Lezat Dapur Bunda

Resep Memasak Ikan Patin Bumbu Kuning Simpel Dan Praktis

Ikan Patin Bumbu Gulai Pedas Resep Masakan Rumahan Indonesia Sehari Hari Mudah Simpel Bunda Airin

Asam Pedas Ikan Patin Lintasriaunews

Ikan Patin Bumbu Rujak By Riniagustina

Resep Masakan Semur Ikan Patin Goreng Mazmur

Pindang Ikan Patin Just Try Taste

Resep Memasak Ikan Patin Yang Benar

Yuk Masak Pindang Ikan Patin Kompasiana Com

Resep Masak Kepala Patin Kuah Kuning Oleh Beningnya Embun

Resep Masak Ikan Patin Bumbu Kencur Dan Cara Membuatnya

Resep Masakan Yuk Masak Sup Ikan Patin Kemangi Super Segar

Makan Seafood Cara Memasak Ikan Pangasius Dengan Cepat Dan

Resep Masak Ikan Patin Bumbu Kuning Resepcaramemasak Org

Resep Ikan Patin Kuah Tempoyak Enak Yang Sukses Bikin Nagih

Cara Memasak Ikan Asam Pedas Tutorial Ku


Belum ada Komentar untuk "Resep Memasak Ikan Patin"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel